SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

SEMINAR ANTARABANGSA AUTISME 2014

Wednesday, August 31, 2011

Saksikan Video Klip Ini... PENTING! Rakyat Malaysia Sangat Bertuah.., Cukup Bertuah..!!

Sempena Hari Merdeka yang ke 54 hari ini, sedikit renungan ikhlas Blog MIK untuk kita semua...

Video klip yang anda akan saksikan biwah ini nanti telah dirakam oleh sahabat Blogger kita Minnaq Jinggo yang menyertai delegasi sukarelawan Misi KHAS Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia yang diketuai oleh Dato Azeez Rahim.

Insiden rakyat Somalia yang bergasak sesama sendiri kerana berebut bekalan makanan harus dijadikan iktibar untuk kita semua melafazkan rasa syukur kehadrat ilahi kerana dibumi bertuah Malaysia ini kita masih boleh hidup aman damai dan masih boleh dikira mewah dengan makan dan minum...

Sudah pasti dalam musim menyambut perayaan Hari Raya ini, sepanjang minggu ini kita akan berkunjung kerumah sanak saudar dan sahabat handai. Paling popular ialah majlis Open House yang akan menyaksikan sajian beraneka jenis juadah makanan yang enak enak...

Ingat..! Kita masih mewah makan dan minum, saksikan video klip dibawah ini;

Khabar Dari SOMALIA... Video Klip Dato Azeez Menyampaikan Ole' Ole' Raya Kepada Rakyat Somalia.

GEMPAR Aidil Fitri..! Khalid Samad Menitiskan Airmata Menyaksikan Video Klip Papa GOMO Solat Raya Di Somalia

Guan Eng & Teresa Kok Melutut Berhari Raya Dengan Najib Apabila Anwar Menyalak Kata Najib Sudah Tak Popular Lagi...

Kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan pengundi mula beralih kepada Pakatan Rakyat, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun menurut Ketua Pembangkang, sokongan di kawasan luar bandar kekal elusif ekoran “propaganda berlebihan kerajaan” Barisan Nasional.

“(Tetapi) saya optimistik jika Pakatan bekerja keras untuk menjelaskan isu dan melihat pada prestasi negeri-negeri seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, saya percaya rakyat akan memilih (Pakatan),” kata Anwar kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim di sini.

Populariti Najib menjunam ke paras 59 peratus – penurunan dari 72 peratus, paras paling tinggi, yang direkodkan pada Mei tahun lalu, dipercayai berhubung kait dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang diadakan awal bulan lalu.

Kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan arah aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

LEBIH 100,000 rakyat pelbagai kaum mengambil kesempatan hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, Putrajaya, semalam.

Peluang itu diambil oleh mereka untuk bertemu secara lebih dekat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan menteri Kabinet.

Mereka sanggup beratur panjang untuk bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

MERDEKA.., MERDEKAA..., MERDEKAAA...!!!

Laungan keramat kita selama 54 tahun setiap kali menjelma tanggal 31 Ogos... Sebagai rakyat Malaysia, segenap lapisan masyarakat tanpa mengira batas usia, perbezaan kaum dan agama, sambutan MERDEKA sangat besar ertinya!

Namun begitu, dalam suhu politik tanahair ketika ini lengkap dengan adu dumba yang diserikan oleh wayang kulit Pakatan Pembangkang apatah lagi setelah Anwar dan kuncu-kuncunya menawan 4 negeri dan 84 kerusi Parlimen, kita juga harus bersedia dengan persoalan yang ada asas untuk dijadikan renungan...

Apakah akan berlaku suatu hari nanti sambutan Hari Merdeka dengan situasi rakyat Malaysia menyaksikan tampuk kerajaan BN sudah tidak berkuasa lagi..?

Semoga barisan kabinet Datuk Sri Najib dan serta seluruh kepimpinan UMNO-BN dapat bekerja lebih gigih memerdekakan diri mereka daripada ancaman “hilang kuasa” seperti yang pernah dilalui oleh BN Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak....

Monday, August 29, 2011

Baca Ni..! Dulu Sewaktu Mat Sabu Kena Tangkap Khalwat Dia Terlupa Normah Isteri Orang....


Masihkah kita ingat kisah tangkapan pihak polis ke atas Ahli Parlimen Sg Siput Dr. Michael Jeyakumar Devaraj dari Pakatan Rakyat dan 5 yang lain atas dakwaan terlibat dengan unsur-unsur subversif kerana cuba menghidupkan kembali fahaman komunis?

Sebelum itu dua warga asing yang diketahui terlibat dengan golongan aliran kiri Romeo Castillo dan Min Young Song, masing-masing dari Filipina dan Korea Selatan turut ditahan kerana terlibat dalam kempen PSM mempromosikan Bersih 2.0. Romeo Castillo adalah aktivis komunis di negara asalnya Filipina.

Ketika ditahan Dr. Jeyakumar dan anggota partinya (PSM) sedang mempromosikan perhimpunan haram Bersih 2 di Pulau Pinang. Selain t-shirt kuning Bersih, turut dijumpai ialah t-shirt yang mengagungkan perjuangan komunis

Bercakap tentang Bersih, siapa pula yang menjadi Timbalan Pengerusi Bersih? Mat Sabu.

Mula-mula dulu banyak jugak pihak yang ragu-ragu dengan tindakan polis menahan Dr. Jeyakumar dan gerembolannya dibawah Akta Darurat, maklum ketika itu tidak nampak apa yang berkaitan antara Dr. Jeyakumar dengan Bersih dan komunis.



Kini dengan Mat Sabu begitu kuat memberikan sokongan terhadap perjuangan komunis sehingga mahu mengubah sejarah negara ini dengan meletakkan mereka sebagai pejuang kemerdekaan, semua yang dulu kabur dan ragu, kini sudah tidak lagi.

Puzzle yang dulu berselerak, kini bercantum dengan sempurna sekali. Orang putih kata make sense.

Tidak keterlaluan kalau penulis katakan bahawa perhimpunan Bersih yang dikelabukan dengan alasan untuk membaiki sistem pilihanraya sebenarnya adalah permulaan kepada gerakan untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang kita percaya didalangi DAP.

Logik penulis, ketika komunis meletakkan senjata (bukan menyerah kalah) pada 1989, tak sepucuk pun senjata mereka yang diserahkan kepada pihak berkuasa. Yang dirampas itu banyak, termasuk ketika pertempuran, tapi yang diserah semula kepada pihak berkuasa sewaktu proses meletakkan senjata, tidak ada, walaupun sepucuk pistol.

Atas alasan itulah kenapa kerajaan masih tidak menghapuskan 2 Ordinan Darurat (1948 & 1969) yang semuanya berkaitan dengan komunis kerana percaya komunisme masih lagi menjadi ancaman kepada negara ini.

Sekarang fahamlah kita semua kenapa PKM tidak menyerahkan senjata kepada pihak berkuasa pasca perjanjian damai ditandatangani pada 1989. Rupanya komunis tahu dan mahu fahaman mereka dihidupkan semula di negara ini melalui parti-parti politik yang mirip-mirip dengan perjuangan mereka seperti PSM, PSRM dan DAP.

Walaupun ketinggalan zaman dibanding dengan senjata moden milik pasukan keselamatan sekarang, ia masih lagi senjata api yang mampu menyebabkan maut dan kecederaan yang bukan sedikit.

Dimana senjata semua itu disimpan dan disurukkan? Mungkinkah dibelakang rumah Mat Sabu yang kini dilihat sebagai pemimpin komunis melayu alaf baru, pasca Rashid Maideen, Abdullah CD dan Shamsiah Fakeh?

Apa sekalipun pihak keselamatan perlu menyiasat dan memeriksa semula maklumat-maklumat risikan dahulu yang tersimpan sebaik perletakkan senjata PKM pada 1989. Perlu dikenapasti lokasi senjatan-senjata tersebut disimpan.

Generasi muda hari ini yang dibesarkan dan dimewahkan dengan segala pembangunan dan kemodenan, mungkin tidak tahu dan tidak peduli pun dengan anasir komunis yang pernah menjadi musuh nombor satu negara sebelum diambil alih oleh penyalahgunaan dadah. Generasi inilah yang kini membentuk 30% dari keseluruhan warganegara kita.

Tidak hairan juga kenapa DAP dan Pakatan menyasar kepada orang muda. Untuk menghidupkan perjuangan komunis, patut dimulakan dengan pihak yang tidak faham langsung apa yang dikatakan komunis dan kesannya kepada masyarakat negara ini satu ketika dulu.

Begitu juga dengan kesatuan sekerja. Jika perjuangan komunis dulu turut menyasar kesatuan-kesatuan sekerja di Malaya atau Tanah Persekutuan Melayu sebelumnya, apa yang berbeza dengan Pakatan Rakyat hari ini?

Hari ini bila bercakap tentang kesatuan sekerja, tidak sah kalau tidak menyebut sekali pemimpin Pakatan yang menduduki barisan kepimpinannya.

Anwar mungkin sibuk nak melaksanakan agenda yahudi tapi PAS dan DAP sibuk nak melaksanakan agenda komunis!!!

MyKUM.net

Minnal Aidil Wal Faizin Dari Blog MIK….!


Salam Lebaran buat semua sahabat sahabat Bloggers dan penyokong penyokong Blog MIK…

“Kullu Am, Wa Antum Bil-Khair..”. Insya allah esok umat islam negara ini akan menyambut 1 Syawal untuk kita semua Berhari Raya.

Dikesempatan ini Blog MIK ingin memohon maaf kepada semua sahabat handai, sahabAt Bloggers yang semakin hari semakin kuat UKWAH kita sesama sendiri dalam perjuangan perang cyber menentang fahaman Pakatan Pembangkang yang mahu menghancurkan negara kita ini…

Teruskan perjuangan sehingga kita beroleh kejayaan..!

KHAS buat sahabat Blogger Papa GOMO, pengorbanan saudara sangat besar nilai JIHADnya kerana kini beliau akan menyambut Syawal dibumi SOMALIA dalam menjalankan tugasnya menyertai Misi KHAS Bantuan Kemanusiaan Di Somalia yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato' Abd Azeez Rahim…

Akhir kata, Blog MIK mohon maaf sekiranya dalam menjalani tugas menaik muatkan berita sekiranya ada tutur kata yang menyinggung hati mana mana pihak yang tidak disengajakan….

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah swt dan yang buruk itu datang dari ANWAR BIN IBRAHIM…!

Minnal Aidil Wal Faizin…., SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF DZAHIR DAN BATIN.

Sunday, August 28, 2011

GEMPAQ..! Sempena Aidil Fitri, Anwar Mohon Maaf Kepada Rosmah Mansor....

SETIAP detik, pasti ada sahaja sejarah tercipta. Manusialah yang mengukir malah mencorakkan sejarah itu. Hitam, putih, baik mahupun buruk, kitalah yang menentukan.

Baru-baru ini, di tanah air kita, sejarah tercipta lagi. Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim memilih memberi kenyataan tanpa bersumpah dari kandang tertuduh dalam kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dengan berbuat demikian, Anwar mengelakkan daripada soal balas oleh pasukan pendakwaan. Prosiding soal balas itulah sebenarnya inti dalam perundangan pembelaan tertuduh.

Tiada sebab untuk sesiapa sahaja mengelak melalui proses itu melainkan jika tertuduh menghadapi ketidakcelaruan minda sebagaimana kes terpencil seperti perajurit Adam tidak lama dulu. Sedangkan Anwar masih siuman apatah lagi berstatus tinggi, mengetuai pembangkang serta selalu mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kebebasan.

Bukan itu sahaja, dalam pembelaan diri, Anwar menyerang institusi kehakiman. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menjadi sasaran walaupun dilihat begitu fleksibel kepada tertuduh termasuk telah berpuluh kali membenarkan penangguhan perbicaraan.

Mencerca hakim sudah menjadi mainan Anwar sebagai mengalih fokus daripada isu pokok - tuduhan terhadap kesalahan liwat yang mempunyai bukti kukuh. Ternyata Anwar sengaja menghina mahkamah untuk strategi pre -emtif lalu mahkamah dijadikan medan politik.

Ia merupakan mesej yang jelas dan menyerlahlah lagi siapa sebenarnya Anwar. Ramai di kalangan pengamal undang-undang juga tidak menjangka sampai begitu sekali tindakan beliau. Peri laku di mahkamah boleh menjadi ukuran menentukan nilai diri seseorang.

Ramai pemimpin pembangkang secara tertutup mengkritik beliau. Ada yang kecewa pemimpin utama mereka takut untuk diadili sedangkan rakyat kecil ada keberanian moral menghadapi prosiding pembelaan.

Anwar bukan sahaja kelihatan menghina mahkamah malah menghina diri sendiri dan pembangkang. Ketua pembangkang di negara lain tidak begitu, melainkan di Malaysia, cukup luar biasa.

Bahkan, kisah Anwar semakin menjadi bahan sinikal. ``Dia elergi bersumpah kecuali angkat sumpah jawatan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen,’’

Hari itu, rating pembangkang di kaca mata rakyat makin jatuh - lagi tamparan kepada gerakan pembangkang negara ini. Tidak habis-habis Anwar menjadi liabiliti dan meninggalkan najis yang mereka terpaksa cuci. Apakah ini pemimpin bersih yang diperlukan oleh negara?

Dulu, Anwar mencipta sejarah tetapi malangnya sejarah yang mengotori peradaban. Sama ada sejarah yang seburuk itu mahu terus mewarnai negara, jawapannya tentu tidak. Awang dapat tahu, ada usaha terbaru di kalangan pemimpin tertentu DAP dan Pas mahu Anwar berundur. Selagi beliau mengetuai pembangkang, Pakatan Rakyat tidak akan ke mana. Anwar sendiri tahu hakikat itu.

Diolah dari penulisan Awang Selamat – Bisik Bisik Mingguan

TERKINI...! Penjelasan Mat Sabu Kenapa Dia Sokong Komunis Dalam Isu Bukit Kepong



Mat Sabu Yang BANGANG Sewaktu Zaman Sekolah GAGAL Mata Pelajaran Sejarah..!!

Tindakan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang mengherokan pengganas komunis dan menghina anggota pasukan keselamatan, tidak boleh dibiarkan.

Semalam, Utusan Malaysia menerusi laporan muka depan mendedahkan kenyataan Mat Sabu yang menganggap pengganas kompeni Ke-4 dalam Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong, sebagai hero sebenar.

Dengan kata lain, 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terkorban ketika mempertahankan balai tersebut, tidak perlu diiktiraf pengorbanan mereka dalam sejarah tanah air.

Antara lain beliau mendakwa:

* Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis, adalah hero sebenar.

* Mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai (lantikan) British.

* Berikrar untuk menulis semula sejarah jika pembangkang memerintah negara.

Belum pun lenyap isu khalwatnya suatu masa dahulu dan isu beliau didakwa bercakap bohong kononnya dilanggar oleh kereta polis semasa perhimpunan haram 9 Julai, sekali lagi Mat Sabu jadi perhatian. Awang melihat ia suatu penghinaan kepada negara lebih-lebih lagi menjelang Hari Kemerdekaan, Rabu ini.

Kenyataan terbaru beliau itu mencetuskan kemarahan dan bantahan banyak pihak. Ia mengguris hati warga pasukan keselamatan dan waris-waris mereka. Kita sendiri mendidih darah. Ramai ahli PAS termasuk dari kalangan bekas anggota pasukan keselamatan serta keluarga mereka tersentak dengan kenyataan beliau.

Tak perlu terkejut. Mat Sabu sebenarnya membawa aspirasi pihak lain yang memang sentiasa menyala agenda mereka untuk menulis semula perlembagaan dan sejarah Malaysia.

Strategi pemimpin tertentu DAP untuk menjalin hubungan rapat dengan Mat Sabu ternyata membuahkan hasil. Difahamkan, beliau semakin kerap mewakili pemimpin kanan DAP ke majlis-majlis yang berkaitan dengan hal ehwal Melayu. Tidak mengapalah jika beliau mendapat kepercayaan DAP tetapi janganlah mudah sangat diperalatkan.

Perbuatan menghasut orang ramai agar menafikan sejarah adalah lebih bahaya daripada ancaman pengganas militan. Setiap warga negara mesti patriotik dan kental asas kenegaraan, yang sepatutnya dijunjung oleh Mat Sabu. Kita tidak terkejut sekiranya pembangkang memerintah, beliau akan menobatkan pemimpin PKM, Chin Peng sebagai tokoh kebangsaan dan mencadangkan Malaysia dijadikan negara republik. Orang seperti Mat Sabu boleh mencari apa sahaja kewajaran walaupun terpaksa mengelirukan fakta sejarah.

Inilah harga yang perlu dibayar oleh PAS kerana mengangkat orang yang tidak berwibawa seperti Mat Sabu sehingga ke jawatan Timbalan Presiden. Kita simpati dengan Pas kerana mempunyai pemimpin seperti itu.

Sebelum ini, reputasi beliau selalu dipersoalkan. Beliau lebih dianggap sebagai Pak Badut dalam parti. Lagi banyak beliau buka mulut maka lagi buruk imej Pas.

Mat Sabu juga mencerminkan kebodohan Melayu berpolitik. Ghairah untuk untung jangka pendek tetapi merugikan bangsa untuk selama-lamanya.

Utusan Online

Saturday, August 27, 2011

Terbaik Dari Ulama Muda Fathul Bahri - Hukum Berjuang Dibelakang Ambabiga...


Besar Pahala Rosmah Di Bulan Ramadhan Ini...

Dengan sokongan padu daripada Penaung Misi KHAS Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia, Datin Seri Rosmah Mansor, esok jam 9 pagi skuad delegasi yang diketuai oleh Presiden Kelab Putera 1 Malaysia akan berangkat “berjihad” di bumi Somalia,,,

SIAPA pun kalau boleh tidak mahu ke Somalia. Apatah lagi di saat-saat begini berada jauh di negara Tanduk Afrika itu yang diancam kebuluran maha dahsyat.

Di negara ini, meskipun ada segelintir kumpulan mendakwa mereka memperjuangkan istilah 'berkebajikan', namun kalau disebut ke Somalia, pastinya pengikut mereka menggeleng-gelengkan kepala atau setidak-tidaknya tunduk membisu.

Lebih rela pula kumpulan itu 'mempromosikan diri' dengan tidak tahu malu mengatur 'hubungan diplomatik' antara kerajaan dengan kerajaan meskipun mandat majoriti di tangan pihak lain.

Namun, bagi Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, misi kemanusiaan terbaru yang digerakkan pihaknya bukan bermotifkan politik. Tidak sekali-sekali kerana Somalia pun bukanlah tapak baru misi kemanusiaannya.

Siri bantuan kemanusiaan oleh Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini merata. Termasuk Somalia, 15 semuanya. Antaranya, di bumi Australia (dilanda banjir besar dan kebakaran), New Zealand (gempa bumi), Genting Gaza (misi bantuan kepada penduduk Palestin), Mesir (membawa pulang warga Malaysia, sebahagian besar pelajar pulang ke tanah air akibat konflik politik), Jepun (gempa bumi, tsunami dan kebocoran radiasi nuklear) dan beberapa lagi.

Di Somalia, konflik bersenjata selama dua dekad menjadikannya seolah-olah tanah tak bertuan. Beberapa ketika awal tahun ini, kegiatan perlanunan terutama di Teluk Aden yang dikuasai warga Somalia mengisi slot berita antarabangsa. 'Nilai ekonomi' daripada pelanunannya amat tinggi mencapai AS$7 juta hingga AS$12 juta setahun. Slot pelanunan Somalia bagaimanapun 'hambar' seketika yang akhir-akhir ini diisi oleh wajah sebenar Somalia - kebuluran.

Kebuluran di Somalia sebenarnya merujuk kepada kemarau berpanjangan di seluruh rantau Timur Afrika hingga menyebabkan mati kebuluran. Kemarau paling teruk dalam tempoh 60 tahun menyebabkan krisis makanan di seluruh Somalia, Ethiopia dan Kenya dan mengancam kehidupan lebih 12 juta orang .

Sebilangan penduduk selatan Somalia melarikan diri ke Kenya dan Ethiopia. Negara-negara lain di Tanduk Afrika termasuk Djibouti, Sudan, Sudan Selatan dan sebahagian Uganda juga terjejas oleh krisis makanan.



Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), lebih 300,000 kanak-kanak di negara 'Tanduk Afrika' itu mengalami kekurangan zat makanan dan berdepan risiko kematian disebabkan kemarau dan kebuluran. Krisis ini diburukkan lagi oleh kegiatan pemberontakan di sekitar selatan Somalia oleh kumpulan Al-Shabaab.

Kebuluran di Somalia diisytiharkan secara rasmi buat pertama kali oleh PBB pada 20 Julai lalu dalam tempoh 30 tahun.

Berpuluh-puluh ribu orang dipercayai sudah mati di selatan Somalia sebelum kebuluran itu diisytiharkan. Pada 3 Ogos, PBB mengisytiharkan kebuluran di tiga kawasan lain di selatan Somalia.

Saksikan semula Majlis Pelancaran Misi KHAS Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia yang dilancarkan Datin Seri Rosmah, klik sini

Lagu Raya Pilihan Blog MIK Untuk Malam Ini...., Layan..!

TAHNIAH Kepada Dato Dr Hassan Ali....!

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah – satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Hasan berkata, unit berkenaan ditubuhkan memandangkan "masalah yang dihadapi oleh orang Islam di Selangor, khasnya berhubung dengan persoalan kristianisasi yang kini telah menarik perhatian umum."

Kenyatannya hari ini timbul ekoran kontroversi yang tercetus daripada serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

Gereja yang diperiksa kerana disyaki menyebarkan agama Kristian kepada penganut Islam itu juga didakwa sering memberi bantuan kepada orang Islam.

"Pejabat exco Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam akan berusaha sedaya upaya untuk membantu mengurangkan beban kehidupan saudara-saudara muslim dan mengelakkan mereka terjebak dalam perangkap memurtadkan mereka.

"Pejabat ini memandang berat segala bentuk pandangan-pandangan negatif terhadap apa yang sedia dilakukan oleh agensi kerajaan negeri, badan dan pertubuhan sukarela yang dianggap tidak banyak membantu menyelesaikan masalah golongan ini.

Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan.

Tambahnya, pejabat beliau akan mengambil butiran yang perlu bagi membolehkan permohonan tersebut diproses dan supaya bantuan tersebut disalurkan dengan segera.

"Diharapkan langkah ini akan memudahkan pihak-pihak yang terbabit untuk mendapatkan pembelaan," katanya lagi.

Jom Layan Lagu Raya Pilihan Blog MIK Untuk Petang Ini....

Agak Agaknya Apakah Aktiviti Program Muslimah PAS Dibulan Ramadhan Tahun Ini..?

GEMPAAQ..! Konfim, PRU Ke 13 Mat Sabu Akan Bertanding Parlimen Bukit Bintang....

Mat Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mat Sabu turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mat Sabu mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. Utusan Online

Wajib Tonton & Sebarkan Video Klip Ahli Parlimen PAS Akui Dia Malu Dengan Pembohongan Fuziah Salleh PKR..!!




Panaasss...!

Video klip diatas menunjukkan bahawa dua orang pakar yang menjadi panelis jemputan dalam segmen TV3 iaitu Ahli Parlimen PAS Hulu Langat,Dr Che Rosli Che Mat, dimana beliau juga merupakan seorang pakar dalam Saintis Nuklear, bersama seorang lagi Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan benar benar membuktikan bahawa Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh PKR seorang pembohong yang menabur FITNAH jahat menakut-nakutkan rakyat Pahang mengenai isu Lynas....!

Kata Dr Che Rosli, “Yang membawa isu ni (adalah) PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap.

“Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mizi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.

“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.”

Kata Dr Ahmad Termizi, “Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena.

“Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya.” [AIDCNews]

Friday, August 26, 2011

AMK PKR Kantoi Ramas Payu Dara Pramugari Garuda Airlines...?

Garuda Indonesia menafikan dakwaan seorang wanita Korea Selatan yang memohon jawatan pramugari kononnya doktor lelaki memeriksa payu dara semua calon bagi mengesan jika terdapat sebarang implan.

Setiausaha korporat syarikat penerbangan itu, Pujobroto, berkata pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara.

Wanita Korea Selatan itu dilaporkan berkata ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, dikehendaki menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor, yang merupakan seorang lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu.

Seorang pegawai Garuda dipetik oleh agensi berita Korea, Yonhap, sebagai berkata bahawa pemeriksaan menggunakan tangan dilakukan kerana implan boleh menimbulkan masalah kepada kesihatan jika tekanan udara rendah semasa penerbangan.

Pegawai itu juga dilaporkan berkata bahawa anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda.

Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea.

Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya tanpa menyatakan sebabnya.

Laporan mengenai pemeriksaan payu dara itu menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi.

Seorang jurucakap Korean Air pula dilaporkan berkata beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari.

"Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?" katanya.

- Bernama

MELETOPP...! Siapa Tokoh Korporat Sedang Buat Kerja “Bawah Tanah” Melobi Nak Jadi Calon MB Selangor BN...?

Siapakah gerangannya tokoh Korporat itu..?

Berapakah pula kos operasi atau nilai pelaburan yang sudah mula dihitung untuk dileburkan demi mencapai cita cita peribadi seorang tokoh Korporat yang juga seorang “maulana” @ Billionair...?

Mengikut maklumat yang disampaikan, beliau sanggup berbelanja besar sekiranya gerak kerja “bawah tanah” ini mendapat sokongan dikalangan pelobi pelobi UMNO...

Ketika ramai pimpinan UMNO sudah mula mentelaah dan memahami maksud YAB Perdana Menteri Datuk Sri Najib bahawa mereka harus bersedia menerima “winable candidate”, nampaknya sudah ada satu “move” yang sedang melobi seorang tokoh Korporat anak Selangor sebagai calon Menteri Besar...!

Gerakan bawah tanah ini sedang diilhamkan oleh orang kepercayaan tokoh Korporat tersebut kerana beliau mempunyai hubungan akrab dengan beberapa pimpinan UMNO dalam negeri Selangor.

Kita sambung kisah ini selepas 1 Syawal kerana operasi gerakan bawah tanah ini akan diperhebatkan lagi selepas hari lebaran. Kempen ‘salam bercangkuk’ pasti memeriahkan lagi sesi ziarah kunjungan orang kepercayaan tokoh Korporat itu pada open house dan majlis Aidil Fitri pimpinan UMNO Selangor...

p/s; gambar diatas hanya sebagai hiasan sahaja, tidak ada kena mengena dengan mana mana individu samada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.

Moral of the story mahu membongkar kisah Maulana dari sektor Korporat..., semoga tidak menjadi Mala’un Keparat...!

Hari Ini Dr Brian McDonald Jelaskan Cara Anwar Masukkan Air Maninya Dalam DUBUR Saiful...!!


Hari ini, saksi Anwar, seorang PAKAR UPAHAN dari Australia, Dr Brian McDonald akan disoalbalas oleh pihak pendakwa. Semalam, PAKAR UPAHAN tersebut cuba menerangkan secara teknikal bagi membantu Anwar melepaskan diri menerusi perlecehannya terhadap Jabatan Kimia yang dikatakan tidak dapat pengiktirafan antarabangsa.

Secara mudahnya, dari tiga tahun dahulu lagi, pasukan peguambela Anwar berusaha memenangkan kes tersebut dari segi teknikal, bukannya menerangkan bagaimana air mani Anwar boleh berada dalam dubur Saiful.

Pertikaian tentang air mani di dalam dubur Saiful sebagai milik Anwar, langsung tidak wujud dan ia dianggap sebagai satu fakta yang tidak disangkal. Namun para pembela Anwar berusaha untuk mencari kelemahan dari sudut teknikal seperti sijil akreditasi yang telah tamat tempoh.

Ketika artikel ini ditulis, Brian McDonald masih lagi membicarakan tentang sudut-sudut teknikal bagi mempertikaikan hasil kerja pakar tempatan yang dianggapnya tidak standard dan memenuhi piawaian.

Bagaimanapun, dijangkakan, soal balas daripada pendakwa akan menyebabkan penjelasan terperincinya dari semalam akan berterabur seperti PAKAR UPAHAN sebelum ini.

Sehingga kini, tidak diterangkan bagaimana air mani Anwar berada di dalam dubur Saiful sekiranya Anwar tidak meliwat Saiful. Malah KESUKARELAAN Saiful membawa KY JELLY untuk Anwar juga, masih belum disentuh!!!

Takkan air mani Anwar boleh terpancut dan terus masuk dalam dubur Saiful? Takkan KY Jelly itu digunakan untuk dicicah dengan karipap daging?

SUMBER

PENTING..! Bloggers Pro BN Cepat Beri Nombor Akaun Bank Kepada Hatta Wahari. [Tonton Video Mulut Berbuih Hatta Wahari]

Thursday, August 25, 2011

Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru Buat Hal...?

Wah,wah...Datuk. Siap tengok kaki bukan muhrim tu Datuk. Tetapi kalau diperhatikan betul-betul, bukan sekadar tengok tu Datuk. Siap PEGANG pulak betis wanita itu!?. Masya'Allah. Bulan puasa ni Datuk. Hormatlah sikit. Ziarah mangsa ditimpa musibah ni bagus dah. Tapi kalau siap pegang-pegang HARAM dah hukumnya.

Ketua Umno Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu melihat kaki Rosnah Ibrahim, 55, yang cedera setelah rumahnya hangus terbakar di Kampung Sungai Nibong Kecil di sini, hari ini. .Dalam kejadian awal pagi itu turut mengorbankan cucu Rosnah yang berusia 9 tahun.

Datin Seri Rosmah & BAKTI Pemangkin JIHAD Azeez Ke Somalia…!! Dua Bloggers Akan Sertai JIHAD Ramadhan Ke Somalia.

Isteri YAB Perdana Menteri iaitu Datin SeriRosmah Mansor bertindak selaku Penaung MISI Khas Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia yang akan diketuai oleh Dato Abd Azeez Rahim dari Kelab Putera 1 Malaysia.

Dalam satu upacara ringkas tengahari tadi di Seri Perdana Putrajaya, telah diadakan Majlis Pelancaran Sumbangan MISI Khas Ke Somalia Anjuran BAKTI & Kelab Putera 1 Malaysia. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Datin Seri Rosmah.

Hadirin didalam dewan agak sebak dan tersentuh apabila ditayangkan video klip yang menunjukkan kesengsaraan yang sedang dihadapi rakyat Somalia terutamanya kanak kanak yang mati kelaparan kerana kekurangan bekalan makanan…!

Saban hari ada sahaja berita kematian kanak kanak kerana kebuluran dan angkanya dijangka akan terus meningkat.

Oleh itu skuad delegasi Misi KHAS Ke Somalia ini akan segera berangkat untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dengan membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan bagi menyelamatkan nyawa rakyat yang majoritinya beragama islam.

Pada majlis yang berlangsung tadi, turut hadir sama adalah wakil wakil sektor korporat yang sama sama menyumbang dana untuk menampung kos pembelian bekalan makanan dan ubat-ubatan untuk dibawa ke Somalia. Diantaranya ialah Lembaga Urusan Tabung Haji, Tenaga Nasional Berhad, Maybank, CIMB, Mah Sing Group, Kawaguchi Group.

Manakala Air Asia pula menyumbangkan penerbangan percuma untuk skuad delegasi Kelab Putera 1 Malaysia yang membawa seramai 67 sukarelawan, doktor pakar, media dan bloggers.

Mereka akan berangkat ke Somalia pada 28 Ogos dan akan berada disana selama 10 hari sekaligus membawa maksud, pengorban mereka adalah tidak berhari raya bersama keluarga tersayang di bumi Malaysia, suatu JIHAD Ramadhan yang sangat besar ertinya…!

His Excellency [H.E] Ibrahim Abdullahi Addo, Presiden Udub Land di Somalia [kiri] sedang mendengar ucapan kata kata aluan daripada Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Dato Abd Azeez Rahim.

Ucapan Perasmian oleh Datin Seri Rosmah Mansor yang mengumumkan BAKTI menyumbang RM200,000 untuk Misi KHAS Bantuan Kemanusiaan Ke Somalia.

Tan Sri Dato Tony Fernandez bersama dengan Pengarah Urusan Lembaga Urusan Tabung Haji, Datuk Paduka Ismee Ismail.

Azeez menunjukkan kepada Rosmah dan Ahli Jawatankuasa BAKTI barang barang keperluan asas yang akan disumbangkan kepada rakyat Somalia.


Isu Cincin RM24 Juta - Chegu Bard “Cabar” Rosmah Mansor Ambil Tindakan Terhadapnya…..?


Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertahankan dakwaannya bahawa cincin berharga RM24.4 juta dibawa masuk ke negara ini baru-baru ini untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, Rosmah dilaporkan telah memeriksa ketibaan cincin tersebut di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 16 April.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, penyokong setia Rosmah pula menjadikan keadaan bertambah buruk buat isteri perdana menteri itu, kerana mereka membuat kenyataan yang bercanggah mengenai cincin itu, yang didakwa diterbangkan dari New York.

Sehubungan itu, beliau menggesa 'wanita pertama' itu supaya menjelaskan pembabitannya dalam pembelian cincin tersebut dari Yacob & Co kerana namanya didakwa tercatat dalam kolum penerima pada dokumen Kastam.- Malaysiakini

GEMPAAR Sikit..! Mat Sabu Sesak Nafas...


Sila klik sini

Nazir Razak CIMB Terlalu Kuat Menyokong Pakatan Pembangkang...! Berita Bergambar....

Blog MIK pernah mengajukan persoalan "Apakah Maksud Sebenar Duri Dalam Daging?"

Artikel tersebut telah mengkisarkan CIMB Bank Berhad, yang kini adalah antara bank utama di Malaysia dan sedang mempersiapkan langkah mereka untuk menjadi antara bank terbesar di rantau ini.

Menyingkap kembali sejarah kewujudan CIMB hari ini, mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama-nama Ban Chiang Bank (Sarawak) dan Pertanian Baring Sanwa Multinational Bhd.

Pada 1979, Ban Chiang Bank telah dibeli oleh Fleet Group (sayap pelaburan UMNO) dan dinamakan semula sebagai Bank Of Commerce (BOC). Pada tahun 1991, BOC mengambilalih United Asian Bank (UAB) dan keseluruhan cawangan-cawangan UAB diserap menjadi BOC.

Dalam pada itu, sebagai meluaskan sayapnya dalam perbankan saudagar (merchant bank), BOC telah mengambilalih Pertanian Baring Sanwa dan dinamakan semula sebagai Commerce International Merchant Bank (CIMB) pada tahun 1986.

Jangan terperanjat kalau dikatakan bahawa CIMB telah memberi political mileage kepada wakil-wakil rakyat pembangkang. Kalau tak percaya, anda boleh tengok dibawah ini;

ADUN Kampung Tunku, Yb Lau Weng San DAP sedang berucap dalam satu majlis bersama CIMB...

CIMB Bank Regional Director 2 Freddie Acho Bian.

CIMB Bank SEA Park Branch Manager Hien Hashim (kiri) bersama dengan Ahli Parlimen Kelana Jaya Low Gwo-Burne PKR....


Terima kasih kepada sahabat Blogger Akar Umbi

Wednesday, August 24, 2011

PRU Ke 13 Waheeda Akan Bertanding Atas Tiket PAS Kerusi DUN Gombak Setia….?


Penyanyi yang terkenal dengan lagu berjudul Wassini, Waheeda bukan sahaja sudah dua tahun meninggalkan bidang nyanyian yang diceburinya sejak tahun 2003.

Malah, penyanyi yang kini muncul dengan imej berpurdah menyebabkan ramai para peminat yang terkejut dan hampir tidak mengenalinya.Dengan bertudung litup dan hanya kelihatan matanya sahaja, ditambah dengan berkaca mata maka semakin ramailah orang yang tidak mengenali identiti penyanyi ini.

Menurut penyanyi berusia 33 tahun, dia bukan sengaja mahu melarikan diri daripada bidang nyanyian, sebaliknya sudah hilang minat terhadap bidang yang pernah diceburinya itu.

Waheeda pada mulanya agak keberatan untuk diambil gambarnya, tetapi dengan ditemani oleh suaminya dia akur dengan permintaan media massa. Jelas penyanyi yang pernah menghasilkan tiga buah album berjudul Wassini, Binafsa dan Melodi Alahan ini berkata, masanya kini lebih banyak sebagai suri rumah sepenuh masa.

“Saya tinggal di rumah sahaja. Sesekali ada juga ikut temankan suami berceramah di merata-rata tempat,” ulasnya ringkas apabila diajukan tentang aktiviti sehariannya kebelakangan ini.


Waheeda yang bernikah dengan Akhil pada 16 Ogos 2009 memang banyak berubah sejak kebelakangan ini bukan sahaja daripada segi penampilan imejnya. Malah, tutur kata dan pergaulan sosialnya juga cukup dibatasinya agar tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Baca pengakuan Waheeda menghabiskan masa dirumah mengkaji Bible…,
klik sini

Akibat Kesilapan Khalid Gagap Jual Nama Sultan Selangor…, Sudah Ada Desakan Dalam PKR Mahu Khalid Letak Jawatan….!!


Nampak gayanya semakin pendek usia politik Menteri Besar paling gagap dalam dunia ini, si Khalid Gagap…

Tindakan bahalul seorang tolol seperti Khalid yang secara terang terang “kantoi” menipu dengan menjaja nama baginda tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu panas kali ini dilihat sebagai kemuncak mengundang bala untuk dirinya sendiri…!

Semalam, Khalid Gagap dalam kenyataannya menyebut, Sultan Selangor telah menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan majlis penasihat syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung isu pemeriksaan terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada awal bulan ini.

Berdasarkan kenyataan itu, Khalid menyatakan majlis penasihat syura itu akan dianggotai Mufti Selangor dan Timbalannya, Datuk Abd. Majid Omar yang berperanan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor selain mewujudkan garis panduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagai kaum dan agama terus terpelihara..

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak pernah menitahkan atau memperkenankan cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim bagi menubuhkan majlis penasihat syura untuk menyelesaikan isu pemeriksaan terhadap DUMC oleh JAIS pada 3 Ogos lalu.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda menyatakan rasa amat terkejut dengan kenyataan Menteri Besar seperti yang dilaporkan oleh media hari ini bahawa baginda telah memperkenankan penubuhan majlis penasihat tersebut sedangkan perkara itu adalah tidak benar.

"Oleh yang demikian, isu tentang Sultan Selangor menitahkan atau menasihatkan kerajaan Negeri Selangor menubuhkan majlis penasihat syura adalah tidak benar.

"Pendirian Sultan Selangor berkaitan dengan majlis penasihat syura atau pun berbentuk dialog berkaitan agama, tidak pernah diperkenankan kerana negeri Selangor telah mempunyai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAIS dan Jabatan Mufti Negeri Selangor," tegasnya.

PERGGHH…!! Ada Seorang Menteri Akan UNTUNG ‘Besar’ Apabila “Komplot” Melaga-lagakan Najib – Muhyiddin Berjaya Dilaksanakan…!


Angin sepoi sepoi bahasa nampaknya semakin kuat dan turut juga membawa “cakap cakap” bahawa sudah ada beberapa pihak mahukan Perdana Menteri kita YAB Datuk Seri Najib menyerahkan tahta kuasa kerajaan kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin…

Beberapa bulan yang lalu, juak juak murahan Pakatan sudah mula mencucuh api dengan menyebarkan formula ini dikalangan mereka sesama sendiri…, kunuunnya Muhyiddin akan menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Malah juak juak murahan Pakatan adalah penglipur lara menjaja cerita dongeng Muhyiddin tidak sebulu dengan dasar Najib dan sasaran cereka mereka adalah dalam kisah perlaksanaan 1 Malaysia.

Namun kini, cereka itu semakin disambut baik dikalangan beberapa pimpinan UMNO sendiri..! Majlis Berbuka Puasa semenjak hari pertama berpuasa dimana kemeriahannya diatas nama “Iftar Ramadhan” menjadi plaform “pelobi pelobi politikus UMNO” membawa kisah ini secara berbisik bisik.. Hampir setiap petang disana sini hampir semua pimpinan UMNO mengadakan majlis Iftar terutama yang ada jawatan Menteri atau Timbalan Menteri kerana secara tradisinya acara ini perlu diadakan oleh Kementerian masing masing.

Tak cukup dengan bersembang dan berbisik di majlis Iftar, bersambung pula di Coffe House, dan juga Bistro mamak disekitar ibukota dan lembah Klang…

Cakap cakap…, bisik bisik…, soksek soksek semakin rancak yang berbunyi seperti; Muhyiddin perlu ganti Najib untuk PRU ke 13, Najib mesti serahkan kepada Muhyiddin…

Siapakah DALANG dalam UMNO sendiri yang mahu melihat agenda Pakatan ini berjaya dilaksanakan..? Secara logik akal berfikir, ini bukanlah satu sifir politik yang bijak..! Malah sudah pasti ramai dikalangan pucuk pimpinan UMNO sendiri tidak mahu membuka lebih banyak ruang kelemahan mereka ketika melangkah masuk medan peperangan PRU ke 13 kerana MATLAMAT kita untuk pastikan pusat kerajaan Putrajaya kekal dibawah tampuk pimpinan Barisan Nasional dan panji panji 14 parti komponennya tetap berkibar teguh lambang kuasa melayu dikekalkan dan agama islam tetap menjadi junjungan…

Marilah kita aturkan secara sifir dan kiraan mudah kedudukan pucuk pimpinan UMNO seandainya tradisi ranking dan ikut giliran mengisi jawatan yang dikosongkan itu terus diamalkan…

Sewaktu Tun Mahathir memecat Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Presiden, sudah pasti calon penggantinya adalah dikalangan Naib Naib Presiden. Ketika itu 3 Naib Presiden adalah Datuk Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Tun Abdullah Badawi…. Pilihan Tun Mahathir adalah Pak Lah.

Apabila tiba giliran Pak Lah pula menjadi Perdana Menteri, 3 Naib Presiden adalah Datuk Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Taib. Seperti yang dijangkakan jawatan Timbalan diisi oleh Datuk Seri Najib…

Oleh itu apabila mula berkumandang cereka Muhyiddin dilaga-lagakan dengan Najib, sudah pastilah yang akan menjadi pilihan Najib untuk menjadi regunya adalah dikalangan 3 Naib Presiden juga….

Disinilah duduk letaknya istilah ‘kesucian berpolitik..’. Seandainya Muhyiddin sendiri akan membuat kenyataan tidak akan lawan Presiden dan mahu kekal sebagai orang nombor dua, tidak mustahil ada ‘pelobi pelobi’ akan membawa teori dan game plan sehingga merisaukan bimbang kem Najib untuk tidak mempercayai ‘pengakuan’ tersebut…

Natijahnya, siapakah dikalangan 3 Naib Presiden itu akan mendapat “blessing” dan restu Najib untuk lawan jawatan Timbalan Presiden melenyapkan terus nama Muhyiddin dari persada politik UMNO…? Siapakah dikalangan 3 Naib Presiden itu…??

Apakah Shafie Apdal yang tidak terserlah langsung memiliki hubungan istimewa akrab dengan Najib..?

Ataupun Zahid Hamidi yang pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Najib suatu ketika dahulu..??

Oh ya.., hampir terlupa, salah seorang Naib Presiden adalah sepupu Najib..! Mungkin inilah calon paling favourite untuk dijadikan gandingan regu Najib..?

Dapatkah kita tafsirkan dengan jelas ‘game plan’ yang dinyatakan diatas tadi..? Apa yang sedang berlaku ialah pelobi pelobi UMNO cuma perlu cucuh api panaskan cereka Muhyiddin ‘mesti’ ditonjolkan untuk ganti Najib… Ditumis pula cereka kununnya Najib belum boleh menjamin kejayaan BN mendapatkan 2/3 majoriti untuk Pilihanraya ke 13 kerana PM ada libiliti dan isterinya Datin Seri Rosmah sebagai sasaran utama…

Apabila Najib mula merasakan kedudukannya terancam, dan kepercayaan terhadap timbalannya semakin terhakis, maka beliau akan memilih calon lain sebagai gandingan regunya menggantikan Muhyiddin…!

Siapa yang akan dipilih dan dialah paling beruntung….

Ayuh..! Mari Kita Kenali Siapa 3 Menteri Yang Mahu KUBURKAN Karier Politik Khir Toyo….

Teringat kisah kematian bekas ADUN Tampin, Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Taha Talib dimana pembunuhannya itu dikaitkan dengan bekas Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim…

Kes pembunuhan ahli politik yang berlaku pada 14 April 1982 itu jelas membayangkan sejarah politik tanahair pernah mencipta rekod bahawa dalam mengejar cita cita politik, politikus negara ini tergamak untuk terjebak ke kancah jenayah dan dosa sehingga berbunuhan sesama sendiri…!

Lazimnya dalam dunia politik, sepak terajang, singgul menyinggul, bentes membentes menjadi lumrah dan santapan mereka yang bergiat aktif bersamanya.

Hari ini berita politik tanahair agak hangat juga apabila mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo mendedahkan ada 3 orang Menteri yang menjadi tangan ghaib mahu mengkuburkan karier politik beliau…


Kisah Tiga Menteri

Ketika saya memohon maaf kepada semua orang, saya juga mengambil kesempatan semangat ramadhan tahun ini untuk memaafkan sesiapa sahaja merasakan mereka perlu memohon maaf kepada saya kerana apa sahaja sebab.

Namun sebagai manusia biasa saya juga ada kelemahan kerana tidak mungkin dapat saya maafkan seseorang yang membuat fitnah terhadap saya sehingga terjadinya siatuasi sekarang. Percayalah walau berapa kali beliau mengerjakan umrah belum tentu Allah mengampunkan dosa beliau dengan manusia yang lain.

Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi Menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya.
Saya tidak mendedahkan nama menteri-menteri ini kerana tidak mendapat bukti yang sahih sungguhpun beberapa sumber saya sangat boleh dipercayai.

Seorang Menteri dilaporkan berkata kepada dua orang Menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang Menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.

Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini. Namun jika pun ada usaha-usaha untuk mempengaruhi kehakiman, saya masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman. Selebihnya, saya percaya saudara/saudari terutamanya para peguam boleh membuat penelitian terhadap fakta-fakta kes saya di mahkamah dan membuat penilaian sendiri.

Cuma saya hendak mengingatkan ketiga-tiga Menteri ini agar menumpukan kerja mereka membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio mereka sendiri. Turunlah ke padang dengar pandangan rakyat di bawah terhadap kerajaan bukannya sekadar membaca blog dan media yang telah memilih untuk berpihak di mana.

Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor. Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau? Apakah beliau fikir rakyat mahukan pemimpin UMNO dihukum atau mereka mahu melihat keadilan ditegakkan?

Pada hemat saya majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak UMNO mahu pun di pihak parti-parti lain.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Dari Blog
Dr Khir Toyo

PAS Terkedu Apabila Video Klip JAIS Ini Tersebar Sudah...

Tuesday, August 23, 2011

TERBAIK Ramadhan..! Wajib Tonton Video Klip Ini


Kesian..! Pemandu Terburu-Buru.., Leher Ahli DAP Ini Tersepit Pintu Bas


Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas…..

Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bas.

Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.


Lawaknya…, apabila bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.

Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian

Anwar Memang Dah GILA Nak Jadi PM… Ulasan Ceramah Anwar Dalam Mahkamah Semalam.


Yang pasti selagi Anwar tidak dapat jadi Perdana Menteri dan selagi dia hidup, dia akan menuntut jawatan itu. Baginya, jawatan Perdana Menteri adalah ‘haknya’! Kerana itu siapa juga menjadi Perdana Menteri selepas Najib, sekiranya dia mewakili UMNO atau BN, dia akan turut dituduh konspirator, samalah dengan tuduhan terhadap Najib dan Dr Mahathir.

Dengan kata lain perkataan konspirasi akan bermain di bibir Anwar hinggalah ke liang lahad.

Siapa Perdana Menteri selepas Najib?

Kalau dia dari UMNO dan Barisan Nasional, maka dia adalah seorang konspirator.

Antara 1982 hingga sekarang – mungkin Tun Abdullah Ahmad Badawi yang digelar “PM Tidur’ sahaja – bukan konspirator.

Semalam di mahkamah, Anwar Ibrahim sekali lagi ‘berceramah politik’ – walaupun dari kandang tertuduh, selain tidak bersumpah dan tidak perlu disoal balas, memomokkan modal lapuknya - mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun r Mahathir Mohamed berusaha menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Anwar menegaskan demikian dalam keterangan yang dibuat dari kandang tertuduh pagi semalam dalam pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Oleh itu sesiapa sahaja yang menjadi Perdana Menteri asalkan ianya datang dari UMNO dan BN, selagi Anwar hidup, selagi itulah mereka tidak akan terlepas daripada tuduhan untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri, seperti tuduhan terhadap Najib ketika ini.

Bagi Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

Anwar menyatakan perkara mengenai konspirasi ini ketika membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh. Prbicaraan di depan Hakim Mohamad Zabidin bersambung hari ini dengan pihak pembela memanggil pakar DNA dari Australia, Dr Brian Leslie McDonald dan Profesor Madya David Lawrence Noel Wells.

Anwar tidak akan pernah menganggap dirinya pesalah: “Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan merujuk bahawa Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.”

Semalam Anwar menegaskan di mahkamah, ketidakadilan dikenakan ke atasnya ketika itu dan perkara yang sama diulangi sekarang.

Baginya Najib melakukan perkara yang sama dibuat oleh Dr Mahathir dengan menggunakan apa sahaja cara dalam lingkungan kuasanya menerusi media, polis, Peguam Negara dan kehakiman untuk menguasai bidang kehakiman untuk mengeluarkannya daripada arena politik

Penasihat PKR itu berkata tuduhan kes liwat dikenakan ke atas beliau sebaik sahaja Pakatan Rakyat menguasai lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

Amat jelas, kalau pun selepas ini beliau dibebaskan, beliau akan tetap menuduh Najib mengheretnya ke mahkamah, bukan kerana Saiful yang membuat tuduhan.

Lebih buruk, jika dapat dibuktikan beliau bersalah dan dihantar ke penjara sekali lagi, akan semakin kuatlah tuduhan dan laungan bahawa wujud konspirasi untuk menyekat beliau menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya, apakah Anwar hidup hanya kerana mahju jadi Perdana Menteri? Dan apakah kemungkinan beliau akan mati dengan cita-cita dan harapan menjadi Perdana Menteri?

Mungkinkah juga tuduhan konspirasi terhadap Perdana Menteri – walau siapa juga Perdana Menteri jika bukan beliau, selepas ini – akan turut dibawa Anwar hingga ke liang lahad?

sumber rujukan artikel